Jan 15, 2010

Homeless To Harvard


This Is One Of My favourite Movie..great, inspirational, Motivating Movie..
i watched this movie i think 10 times and counting...i just love the movie.LIZ MUrray should be aour ROLE MODEL, the real IDOL.. God! how did she do that? (referring to the real living liz murray)...


NEVER GIVE UP! HAVE FAITH, STUDY HARD, WE CAN ACHIEVE ANYTHING...


regards and love

harryez


Jan 12, 2010

THE TRUTH....

Siapa Kata Al-Kitab Telah Diubah?

Oleh Hans Wijngaards

Diterbit 1985

Apabila umat Kristian memetik daripada Injil, umat Muslim seringnya menegur :

Nas yang kamu membaca itu bukanlah Injil yang benar. Injil Isa al-Masih yang asli itu sudah pun hilang. Generasi Kristian yang lampau telah memalsukan Kitab suci kamu, jadi, pada hari ini Kitab kamu tidak berguna lagi.

Pra-sangka ini begitu meyakinkan bagi para Muslim sehingga ianya menggugat perhubungan dan apa-apa komunikasi yang bermakna di antara mereka dan saudara-saudara Kristian mereka. Bagaimanakah umat Kristian dapat menjelaskan pemahaman dan akidah mereka mengenai Hazrat Isa al-Masih apabila para Muslim yakin bahawa 'Injil yang asli' menggambarkan Hazrat Isa yang berlainan? Dakwaan itu sentiasa ditonjolkan bahawa "Kamu umat Kristian bergantung kepada Kitab-kitab yang sudah dipalsukan."

Dakwaan-dakwaan ini ada juga terdapat pada bahan-bahan bercetak. Tidak berapa lama dahulu sebuah buku berjudul "Jesus Prophet of Islam" (Isa Nabi Islam) telah diterbitkan. Sejajar dengan ajaran Islam, penulisnya mendakwa bahawa Hazrat Isa telah mengemukakan diri-nya hanya sebagai seorang Rasul dan dia tidak mati disalib (beliau telah diselamatkan oleh sekumpulan malaikat), bahawa dia telah 'menyebut tentang kedatangan Muhammad'. Akidah umat pada Kristian hari ini adalah satu penyelewengan yang telah diperkenalkan dengan sengajanya pada tahun-tahun selepas kebangkitan Hazrat Isa. Dan pembidaah-pembidaah ini, si penulis terus mendakwa, sanggup 'mengudungkan' kitab suci mereka. Malah mereka juga telah memperkenalkan tulisan-tulisan palsu bagi menyokong ajaran-ajaran mereka.

"Buku-buku yang mengandungi ajaran-ajaran Hazrat Isa itu telah dimusnahkan, sengaja ditumpaskan atau diubah bagi mengelak apa-apa percanggahan dengan ajaran baru mereka.Ajaran yang asli itu telah mengalami perubahan secara menyeluruh dan telah hilang selama-lamanya sama sekali."

Tidak puashati dengan menjatuhkan hukuman umum itu, si penulis cuba menunjuk kepada satu titik permulaan 'tepat' bagi 'proses pemalsuan itu'.

"Pada 325 Tahun Masihi, Sidang Nicea yang terkenal itu telah bersidang. Ajaran Tritunggal telah diisytiharkan sebagai ajaran rasmi bagi 'Gereja Pauline' dan salah satu daripada akibatnya ialah daripada lebih kurang tiga ratus 'Injil' yang wujud pada masa itu, hanya empat telah dipilih sebagai 'Injil rasmi' gereja. Yang bakinya termasuk 'Injil Barnabas' diperintahkan untuk dimusnah. Satu lagi perintah telah dikeluarkan yang menyatakan bahawa sesiapa yang dijumpai memiliki Injil tidak rasmi itu akan dihukum mati. Ini adalah detik-detik awal percubaan secara teratur bagi menghapuskan segala catitan dan rekod ajaran Isa al-Masih, baik di dalam manusia mahupun di dalam buku-buku."1

Bagi mereka yang fasih dengan hakikat-hakikat sejarah, tuduhan-tuduhan dan dakwaan seperti di atas dengan mudah sekali dapat ditolak. Apakah yang boleh dikata kepada mereka yang percaya bahawa kota London terletak di negeri Libya? Akan tetapi bukanlah semudah bagi para Kristian yang kurang mempelajari teologi atau pun sejarah gereja. Mereka mungkin kurang pasti apa jawapan sepatutnya diberikan kepada tanggapan dan prasangka saudara-saudara Muslim mereka.

Bagi pihak merekalah, saya akan senaraikan beberapa fakta-fakta dan hujah-hujah yang menunjukkan Injil pada hari ini tidak mengalami perubahan. Tetapi ianya berguna untuk menanyakan: Dari manakah para Muslim memperolehi tanggapan ini bahawa Injil Kristian telah diubah?

Bermulanya satu mitos (cerita dongeng)

Dalam al-Qur'an umat Muslim diperintahkan untuk menghormati Injil Isa-al-Masih yang dibaca oleh umat Kristian. Al-Qur'an menganggap Injil yang dimiliki oleh umat Kristian pada hakikatnya sama dengan yang telah diisytiharkan oleh Hazrat Isa.2 'Dalam empat abad yang pertama selepas wafatnya nabi Muhammad (600-1000 TM) tidak ada satu pun ahli Ulamak yang membawa tuduhan bahawa nas-nas Kitab Injil bukan sahih. Mereka mungkin menuduh para Kristian memberi salah-tafsiran kepada perkataan-perkataannya; tetapi mereka tidak mempertikaikan perkataan-perkataan itu sendiri. Kajian ke dalam apologetik Islam telah membuktikan bahawa tuduhan 'pemalsuan' ini telah hanya bermula dengan seorang tokoh Islam, Ibn-Khazem(*) yang meninggal dunia di Kordoba pada 1064 T.M.'3

Ibn-Khazem telah memerintah di selatan Andalus(Sepanyol) sebagai wazir kepada khalifah. Dia telah keluar berperang banyak peperangan saudara bagi pihak khalifah. Dia juga melibatkan diri di dalam perbincangan-perbincangan polemik agama dan teologi. Dia memegang kepada fahaman Zahiri dan telah menentang ahli Shi'a dengan setegas-tegasnya. 'Di dalam kedua-dua jurusan politik mahupun hal hal keagamaan, dia bersikap pahlawan yang sangat tegas. Sesiapa yang berani menentangnya akan mencederakan dirinya umpama dihentam oleh batu karang. Penanya sehebat sebilah pedang pahlawan.' Oleh kerana sifatnya yang terlalu taasub Ibn Khazem telah gagal menarik murid-murid kepada dirinya, tetapi penulisannya amat berpengaruh pada masa yang akan datang.4

(*) nama penuhnya: Abu Muhammad Ali bin Ahmad ibn-Khazem(994 - 1064 T.M.)

Semasa perjuangannya menentang para Kristian, Ibn Khazem telah terserempak dengan beberapa percanggahan di antara al-Qur'an dan al-Injil. Satu contoh yang jelas ialah nas al-Qur'an "Padahal bukanlah mereka membunuhnya dan bukan pula menyalibnya" (Q.4:156). Pada hemat Ibn Khazem : "Qur'an seharusnya dianggap benar, jadi ajaran Injil yang bercanggah dengan al-Quran ini adalah salah. Tetapi nabi Muhammad telah menyuruh umatnya supaya menghormati Injil, oleh itu, nas-nas al-Kitab itu telah dipalsukan oleh umat Kristian." Tanggapannya ini tidak berdasarkan kepada hakikat-hakikat sejarah, tetapi hanya di atas pendapat dan hemat Ibn Khazem semata-mata, dan juga pada hasratnya untuk menjaga kebenaran al-Qur'an.5 Setelah dia memutus untuk mengambil jalan ini, tiada sebarang daya yang dapat menghentikan Ibn Khazem mengejar keazamannya. Nampaknya cara yang paling mudah ialah untuk serang dan mengecam musuh-musuhnya. "Kalau kita dapat membuktikan kepalsuan Kitab mereka, semua bantahan-bantahan mereka akan kehilangan apa-apa kewibawaan."6 Ini telah mendorongnya membuat pernyataan sinis "Umat Kristian telah kehilangan Injil yang telah diwahyukan bagi mereka kecuali segelintir yang dibenarkan oleh Tuhan sebagai satu kesaksian untuk menentang mereka."7

Penulis-penulis seterusnya telah memeluk dan memperkembangkan tanggapan ini. Pemalsuan Al-Kitab terus didakwakan oleh Salikh ibn-al-Khusain (meninggal dunia 1200 TM), Ahmad at-Qarafi (meninggal dunia 1285 TM), Sa'id ibn-Khasan (1320 TM), Muhammad ibn-Abi Talib (1327 TM), ibn-Taimija (1328 TM) dan lain-lain. Sejak itu dakwaan dan tanggapan ini telah menjadi bahan tetap dalam 'resipi' polemik Islam menentang syiar Kristian.

Penulis-penulis ini telah mendakwa Maharaja Konstantine dan Paulus sebagai pemalsu-pemalsu yang utama. Watak Konstantine yang telah dikelirukan oleh penulis-penulis ini (kononnya beliau telah melibatkan diri dalam Sidang Nicea) dipersalahkan oleh kerana kononnya dia telah merekakan cerita penyaliban Hazrat Isa bagi sebab-sebab politik dan dialah menghadkan catatan-catatan Injil kepada empat jilid. Mengenai Paulus pula, banyak lagi cerita yang tidak masuk akal telah direkakan oleh mereka. Menurut satu cerita, Paulus adalah seteru utama kepada umat Kristian dan ingin sangat untuk menghapuskan ajarannya. Usaha awalnya melalui kekerasan dan kezaliman tidak berjaya, jadi dia mencuba helah lain iaitu dengan 'berpura-pura' memeluk akidah Kristian termasuk dibaptiskan. Tujuannya ialah bagi merosakkan ajaran Kristian dari dalam. Untuk memperkukuhkan lagi kesan pemelukan akidah Kristiannya itu, Paulus ingin dikenang sebagai seorang yang telah bermati syahid bagi ugama Kristian. Jadi, dia telah reka cerita bahawa Hazrat Isa telah menjelma kepadanya pada suatu malam dan menyuruhkannya pergi mengorbankan diri di kaki sebuah gunung. Pada hari sebelum kematiannya kononnya Paulus telah memanggil tiga orang raja Kristian yang utama dan menyampaikan kepada setiap satu wahyu rahsia yang berlainan. Kepada yang pertama diberinya 'wahyu' Al-Masih itu adalah Anak Tuhan, yang kedua diberi 'wahyu' Siti Maryam itu isteri Tuhan dan yang ketiga pula ialah Tuhan itu adalah 'tiga'. Apabila matahari terbit pada pagi seterusnya maka keluarlah Paulus dengan berkain selubung berwarna kelabu dan membawa sebilah pisau. Dan beliau telah menikam dirinya sehingga mati dengan tangannya sendiri. Orang ramai yang menyaksikannya kagum dan menganggap dia sebagai seorang pesuruh Tuhan. Inilah cerita kononnya bagaimana umat Kristian telah terima ajaran-ajaran serong mereka dan telah dibahagikan kepada mazhab-mazhab yang berlainan8. Menurut cerita-cerita lain Paulus adalah seorang raja Yahudi, atau seorang biarawan di kota Roma 150 tahun selepas Hazrat Isa al-Masih. Semua cerita-cerita ini bersetuju dengan dakwaan bahawa beliau ialah seorang yang telah membuat pemalsuan dengan licik, dan 'telah berpura-pura memeluk agama Kristian supaya dapat merosakkan agama itu dari dalam.'

Dongeng-dongeng ini mengenai raja Konstantin dan Paulus berasal daripada campuran sumber-sumber anti-Kristian Yahudi, legenda-legenda Parsi dan tulisan-tulisan Marcion.9 Untuk membuktikan bahawa cerita-cerita ini tidak mempunyai kesahihan sejarah bukan menjadi satu perkara yang rumit. Paulus hidup dari 5 TM ke 67 TM, beliau memperkembangkan ajaran yang sama dengan Hawariyun-hawariyun yang lain dan dia telah mengarang kebanyakan daripada warkah-warkah dalam kitab Perjanjian Baru. Konstantin ialah Maharaja Roma dari 312 - 337 TM. Beliau telah membenarkan umat Kristian mengamalkan agama mereka dengan aman. Konstantin tidak mereka cerita penyaliban Hazrat Isa atau cuba membuat pindaan kepada Kitab Injil. Sidang Nicea yang bersidang dari 20 Mei ke 25 Ogos tahun 324 TM tidak mengeluarkan apa-apa perintah tentang tulisan-tulisan 'apocrypha'. Seramai 300 uskup-uskup yang berjemaah di sana telah berbincang tentang pentafsiran dan pemahaman nas Al-Kitab dan BUKAN tentang isi kandungan Al-Kitab itu sendiri. Semua pemimpin-pemimpin Kristian di Jemaah itu mempunyai persetujuan penuh mengenai nas Al-Kitab dan kesahihannya pada masa itu. Semua ini adalah hakikah-hakikah sejarah yang nyata.

Kalau kita mengetahui apa yang menyebabkan sesuatu penyakit, itulah langkah pertama untuk mencari ubatnya. Umat Islam seringkali membaca tulisan-tulisan dan karya-karya mereka sendiri yang hanya mengulangi dakwaan-dakwaan lama mereka terhadap ajaran Kristian sehingga hanya itulah yang meyakinkan mereka. Seekor katak yang hidup di dalam perigi boleh yakin ia telah mengalami lautan. Apakah jawapan kepada jalan buntu ini? Untuk benar-benar mencapai kemajuan dalam proses berdialog yang ikhlas, kedua-dua para Muslim mahupun Kristian sewajarnya mengabaikan dan melepaskan prasangka-prasangka,salah tafsiran dan tanggapan lama mereka masing-masing terhadap Kitab-kitab suci mereka dan mengkaji fakta-fakta objektif dengan teliti dan dengan fikiran yang terbuka.

Teks al-Injil

Ini membawa kita kepada penilaian teks Injil sendiri. Bolehkah kita menemui teks-teks asal dan menentukan ketepatan kata-kata yang diilhamkan Tuhan itu yang telah dicatat di antara 50 dan 90 TM? Banyak saintis-saintis dan para ilmuan yang lain telah menumpukan tenaga dan kehidupan mereka bagi memperoleh jawapan kepada soalan ini. Pengkajian 'text criticism' telah membuat penelitian yang begitu rapi kepada banyak penulisan-penulisan yang kuno dan lama; di antaranya buku-buku Perjanjian Baru (New Testament). Saya akan cuba menjelaskan dalam perenggan-perenggan berikut proses ini yang sebenarnya satu kaedah yang cukup rumit dan teliti.

Pada zaman Hazrat Isa al-Masih semua buku-buku dan surat-surat kena ditulis dengan tangan. Apabila semua tulisan-tulisan Perjanjian Baru telah sempurna dicatat, mereka hanya dapat diperkembangkan kepada jemaah-jemaah Kristian di merata tempat dengan mengambil catitan-catitan yang telah sempurna ditulis. Jenis surat ini digelar 'manuskrip'(dr.bahasa Latin yang bermaksud 'ditulis dengan tangan'). Bahan yang digunakan pada masa itu ialah 'papyrus', sejenis kertas berkualiti rendah yang disediakan daripada sejenis buluh. Oleh kerana kitab-kitab suci sering digunakan -semasa pembacaan peribadi ataupun semasa Sembahyang Ahad, manuskrip-manuskrip terawal itu mudah menjadi luntur dan susuh, dan kena diganti dengan catitan-catitan manuskrip yang baru.

Pada abad keempat tahun Masehi, sejenis bahan yang lebih tahan lasak telah dijumpai, iaitu kertas kulit(parchment). Kertas kulit ini dibuat daripada jalur-jalur kulit kambing atau biri-biri yang telah dikikis, disamak dan dijahit rapi untuk dijadikan gulungan. Kulit gulungan ini semestinya lebih mahal untuk dihasilkan, akan tetapi keistimewaannya ialah satu bahan yang amat susah untuk dimusnahkan. Sedikit demi sedikit lebih banyak buku-buku Perjanjian Baru dicatit di atas gulungan-gulungan kulit tersebut, yang diberi nama 'Kodis(codice)' atau buku-buku dimana kepingan-kepingan kulit disusun satu demi satu sama seperti buku yang ada pada hari ini. Ada juga kemajuan dalam bidang penulisan. Pada abad pertama T.M. setiap huruf bahasa Yunani mengunakan huruf besar (tulisan Majuskul). Lepas itu satu jenis yang berbeza telah muncul (tulisan Miniskul). Apabila para ahli sains menjumpai manuskrip yang lama, mereka cuba menentukan umur dokumen itu. Lepas itu, mereka akan menyalin teksnya dengan sebaik-baiknya dan mengkaji segala ciri-ciri catatan itu. Teks-teks yang telah dibaik-pulih dari sesuatu manuskrip itu akan dibandingkan dengan teks-teks lain yang telah dijumpai.

Untuk membuat pengkajian tulisan-tulisan Perjanjian Baru, ahli-ahli sains mempunyai banyak sekali bahan-bahan sejarah. Ada tidak kurang daripada 4,680 buah naskhah yang ditulis di dalam bahasa Yunani (Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa Yunani). 68 buah daripada mereka adalah dalam bentuk papyri, 241 adalah dalam salinan bentuk majuskul, 2,533 adalah salinan miniskul dalam gulungan kulit (parchments) dan terdapat 1,838 koleksi petikan-petikan nas Al-Kitab bagi ibadat hari Ahad.

Ada juga lebih daripada 6,000 naskhah terjemahan dalam bahasa-bahasa lama seperti bahasa bahasa Latin, Syria, Koptic Mesir, Eropah tengah (Gothic), Armenia, Habsyah, Georgia, Arab Nubia, Parsi dan Slav.

Sumber ketiga bagi tujuan perbandingan ialah petikan-petikan Kitab suci yang terdapat pada lebih dari 220 tokoh-tokoh dan pemimpin gereja awal (church Fathers) dan para ulama-ulama Kristian.

Ada di antara naskhah-naskhah tersebut yang sangat tua. Salah satu daripada koleksi papyrus dikenali sebagi 'P52' mengandungi sebahagian daripada Injil yang dicatit oleh Yahya-seorang Hawariyun dan murid Hazrat Isa al-Masih. Tarikhnya telah ditetapkan pada 130 T.M., yakni salinan Injil ini tidak melebihi empat puluh tahun selepas catatan asalnya. Satu lagi contoh salinan Injil yang sahih ialah Kodeks Sinaiticus yang telah disalin pada tahun 350 T.M. di Mesir. Sebanyak 347 muka suratnya telah dipelihara dan ini pula menjangkau lebih kurang keseluruhan jangka masa Perjanjian Baru. Dengan membandingkan tulisan manuskrip tersebut boleh disimpulkan bahawa tiga orang penyalin telah mengusahakannya.

Ciri-ciri dalil-dalil itu

Untuk membandingkan ribuan naskhah-naskhah ini dan sumber-sumber lain yang menjangkau jangka masa lebih kurang dari abad kedua sehingga abad keempat-belas merupakan satu tugas yang amat berat. Tetapi ia telah dilakukan! Proses penyalinan yang telah berulang-ulang dari abad ke abad telah menyebabkan penyerapan beberapa perbezaan yang kecil kepada teks-teks. Ini dikenali sebagai 'perbezaan bacaan'. Sekali terjadinya suatu perbezaan kecil ini kepada kandungan sesuatu teks, ia akan 'diwarisi' oleh naskhah-naskhah yang telah disalin daripadanya. Dengan menganalisis semua perbezaan-perbezaan kecil ini, ahli sains telah dapat mengumpulkan banyak naskhah-naskhah kepada beberapa kelompok utama dan daripada ini dapat mengesan bahawa semua naskhah-naskhah tersebut telah berpunca daripada sumber yang sama. Dalam cara begini, versi-versi teks yang paling awal dapat dikesan dan dibentuk semula dengan rapi dan sangat tepat. Kita dapat mengesahkan bentuk dan keadaan teks pada penghujung abad yang ketiga T.M. mengikut empat aliran transmisi iaitu Iskandariah, Barat, Kaisari dan Antiokus. Dengan proses ekstrapolasi ke lebih dalam lagi mengenai sejarah teks-teks itu, kita dapat tentukan teks yang asal bagi semua teks-teks tersebut.

Hasilnya semua penyelidikan dan kajian-kajian ini ialah kesahihan dan kewibawaan teks Perjanjian Baru telah dikukuhkan kedudukannya tanpa apa-apa keraguan lagi. Kita dapat menentukan hakikat dengan muktamad bahawa teks yang ada pada kita hari ini adalah sama dengan teks Perjanjian Baru yang asal.10

Untuk menyatakannya secara yang kuantitatif pula: kesan perbezaan-perbezaan kecil yang telah menyerap kedalam teks dalam proses penyalinan selama berabad-abad ini ialah hanya kepada satu perpuluhan lima peratus jumlah teks asal (yakni sepatah perkataan bagi setiap enam puluh patah perkataan); dan tiada membawa apa-apa kesan pengajaran atau pun perbezaan kepada akidah Kristian pada hari ini. Sebanyak sembilan puluh lapan perpuluhan lima peratus teks Alkitab mempunyai dasar sahih yang kukuh yang tidak dapat dipertikaikan.

Ini membuktikan bahawa teks itu tidak dipalsukan. Sesungguhnya, kalau ada seseorang yang ingin cuba membuat suatu pemalsuan, muslihat ini dapat dikesan dengan mudahnya. Cubalah fikirkan satu senario di mana seorang pemilik Bank yang kaya di Singapura telah menulis surat wasiatnya yang menghuraikan bagaimanakah harta bendanya akan dibahagikan selepas lima puluh tahun yang akan datang. Orang kaya ini mempunyai lima orang anak dan setiap satu daripada mereka telah menyalin satu salinan surat wasiat tersebut masing-masing. Setiap satu di antara mereka telah membawa salinan surat masing-masing semasa berhijrah ke lima tempat yang berlainan di dunia iaitu London, Cape Town, Los Angeles, Sydney dan Rio de Janeiro. Setiap orang anak orang kaya tersebut telah mempunyai lima orang anak masing-masing dan mereka pula telah membuat salinan surat wasiat yang asal itu. Cucu-cucu orang kaya ini pun telah memperolehi lima orang anak mereka masing-masing dan mereka juga telah membuat salinan surat wasiat datuk mereka bagi anak-anak mereka. Pada suatu hari, pemilik bank yang kaya di Singapura itu telah kehilangan surat wasiatnya yang asal, dengan membandingkan salinan-salinan yang banyak yang telah dibuat oleh anak-anak, cucu-cucu dan cicit-cicit pemilik itu di seluruh dunia, Surat wasiat yang asal itu dapat disahkan. Kalau mana-mana anak atau cucu si orang tua itu ingin membuat pindaan kepada teks Surat yang asal itu, pemalsuannya itu akan didedahkan serta-merta kerana berbeza dengan salinan-salinan surat asal yang sudah ada!

Dalam cara yang sama, mana-mana percubaan memalsukan teks Al-Injil akan didedahkan dengan serta-merta kerana percanggahan dan perbezaannya dengan beribu-ribu salinan teks asal yang ada.

Raja Ashoka yang beragama Buddha telah memerintah di India dari 273 S.M. ke 240 S.M., dia telah mengumumkan suatu perlembagaan berlandaskan perikemanusiaan yang unik. Dia perintah supaya perlembagaannya itu diukir pada tempat-tempat umum di empayarnya saperti batu-batan besar, tiang-tiang dan tembok-tembok gua. Lebih kurang tiga-puluh lima ukiran-ukiran tersebut dijumpai dan telah dibaik-pulih.

Oleh sebab itu kita dapat mengesahkan kandungan perlembagaan Raja Ashoka yang asal. Walaupun seorang daripada pengukir-pengukir itu cuba meminda teks asal Ashoka untuk memperdayakan kita, pemalsuan itu dapat dibuktikan dengan membandingkan ukiran-ukiran lain yang ada.

Injil merupakan perlembagaan bagi gereja yang awal. Beribu-ribu salinannya telah dibuat daripada teks asalnya dari awal lagi, kalaulah kononnya suatu pemalsuan telah berlaku, tentu sekali ia dapat didedahkan dengan mudah.

H.K.Moulton yang telah menyelidiki dan mengkaji manuskrip-manuskrip Injil lebih daripada empat puluh tahun, boleh dipetik bagi memberi kesimpulan bagi hakikat ini. Dia telah mencapai kesimpulan bahawa perbezaan-perbezaan kecil di antara beberapa teks tidak membawa kesan yang buruk kepada mana-mana ajaran-ajaran Kristian. Katanya lagi:

"Setelah semua dokumen-dokumen ditapis dan diteliti serapi-rapinya didapati bahawa pada dasarnya mereka adalah secocok…"

Tidak ada buku yang telah diteliti dan diselidik dengan sehebatnya buku-buku Perjanjian Baru. Tiada mana-mana pemalsuan yang dapat tahan pengujian dan penyelidikan sedemikian rupa (yang telah diadakan terhadap buku-buku Perjanjian Baru). Kita boleh meyakini Kitab-Asal yang ada pada kita (hari ini), ia telah dikenakan pengujian yang runcing tetapi ini tidak dapat mengemukakan apa-apa kelemahan padanya.11

Penjaga-penjaga Ajaran.

Jadi, telah dibuktikan di atas bahawa umat Kristian dari awal-awal lagi telah memelihara dengan setia ajaran-ajaran yang diterima mereka daripada Isa al-Masih. Ini pula bukanlah perkara yang menghairankan. Pengikut-pengikutnya amat mengutamakan pemeliharaan mutiara-mutiara rohani yang telah dianugerahkan mereka oleh Tuhan. Seawal T.M. 50 Paulus telah menulis: "Saudara-saudaraku, kamu harus tetap percaya dan berpegang kepada ajaran-ajaran yang telah kami sampaikan…"(2 Tesalonika 2 ay.15). "Sentiasa mengikut ajaran yang aku berikan kepada kamu (1 Korintus 11 ay.2). "Apa yang aku sampaikan kepada kamu adalah apa yang sudah aku terima. Inilah perkara terpenting: Al-Masih mati kerana dosa kita, sesuai dengan yang tertulis di dalam AlKitab…Dia dikuburkan dan pada hari ketiga Dia dihidupkan semula…Kami semua mengisytiharkan perkhabaran yang sama dan maku semua percaya kepadanya…Berita Baik itu akan menyelamatkan kamu jika kamu berpegang kepadanya dengan teguh (1 Korintus 15:3-4,11,2).

Umat Kristian yang terawal amat mementingkan apa-apa yang telah dikatakan dan dilakukan oleh Isa Al-Masih. Orang-orang Yunani dan Roma telah mengikut taraf yang agak tinggi di dalam penulisan-penulisan sejarah. Mereka tahu ini memerlukan mereka melapurkan fakta-fakta yang objektif, yang dapat dibuktikan oleh saksi-saksi dan dokumen-dokumen yang asal.

Para ilmuan moden telah memutus bahawa beberapa ahli-ahli sejarah pada masa kuno boleh diyakini dan dipercayai dalam tulisan-tulisan mereka. Herodotus, Thucydides, Polybius dan Tacitus adalah cemerlang dalam bidang ini; Josephus, Kaisar(Caesar), Polynius dan Livy adalah boleh diyakini. Walaupun mungkin ada di antara mereka yang cuai, umat Kristian yang awal itu akur kepada peraturan dan cara-cara mencatat rekod-rekod yang benar dan sahih.12 Oleh itu, kita seharusnya menerima dengan serius kenyataan Lukas bahawa dia telah merujuk kepada saksi-saksi (Lukas 1 ay.2) dan seterusnya bersambung: "Saya sendiri telah menyelidiki semua peristiwa itu dari permulaannya, maka ada baiknya saya juga menulis satu laporan yang teratur untuk Tuan..supaya Tuan dapat tahu dengan selengkapnya bahawa apa yang telah diajarkan kepada Tuan memang benar." (Lukas 1 ay.3-4). Umat Kristian secara lazimnya telah sentiasa ingin mengetahui kebenaran sepenuhnya segala-gala yang telah diajari kepada mereka.

Satu Permulaan Baru

Umat Kristian dan Muslim berkongsi banyak kepercayaan yang sama. Tuhan yang maha Esa, Pencipta segala-galanya dan Punca segala wahyu-wahyu. Hakim yang penyayang; yang akan menghukum penjahat dan menganjarkan mereka yang salih. Pada masa kini apabila fahaman materialisme menonjol-nonjolkan kepalanya yang berpengaruh di seluruh dunia, amatlah penting dan mustahak supaya semua ahli-ahli Kitab menekankan bidang-bidang yang dikongsikan bersama-sama di antara mereka dan bukanlah perbezaan-perbezaan yang membawa kepada percanggahan dan perselisihan sesama sendiri. Ini bermakna bahawa prasangka-prasangka yang tidak berasas di kedua-dua pihak seharusnya dijatuhkan. Pada bulan Februari 1976, seramai 1,200 para rombongan daripada enam puluh buah negara mengambil bahagian di dalam satu Seminar 'Dialog Islam-Kristian'. Para Kristian disitu telah memohon peserta-peserta Muslim supaya mengenal dan mengkaji Perjanjian Baru secara lebih terbuka dan mendalam dan untuk menjatuhkan tuduhan 'pemalsuan' terhadap mereka. Untuk berdialog memerlukan kedua-dua pihak menerima kesahihan Kitab-kitab suci mereka masing-masing.13

Sesungguhnya kebanyakan tokoh dan pemikir-pemikir Islam yang agung telah menerima kesahihan teks Injil dan Perjanjian Baru. Untuk menghuraikan nama-nama mereka disini merupakan penutup yang sesuai bagi karangan ini. Kesaksian mereka membuktikan bahawa dialog di antara para Muslim dan Kristian tidak usah dibelenggui oleh tuduhan yang telah dipelopori oleh Ibn-Khazem. Dua ahli sejarah Islam yang agung, Al-Mas'udi (meninggal 956 T.M.) dan Ibn-Khaldun (meninggal 1406 T.M.) telah memegang kepada kesahihan teks Al-Injil. Empat orang ahli ulamak yang terkenal pun telah menyetujui hakikat ini: Ali at-Tabari (meninggal 855 T.M.), Qasim al-Khasani (meninggal 860 T.M.), 'Amr al-Ghakhiz (869 T.M.) dan tokoh yang terutama, imam Al-Ghazzali (1111 T.M.).14 Pandangan ini pula disokong oleh Abu Ali Husain Ibn Sina, lebih dikenali di Barat sebagai 'Avicenna' (m. 1037 T.M.). Al-Bukhari (m.870 T.M.) yang terkenal kerana mengumpulkan hadith-hadith yang terawal, telah memetik daripada Al-Qur'an sendiri (Surah Ali-Imran 3 ay.72,78) bagi membuktikan bahawa teks Al-Kitab Al-Mukaddis tidak pernah dipalsukan.15

Akhir kata, seorang tokoh Muslim terkemuka di zaman moden, Muhammad Abduh Sayyid Ahmad Khan, seorang 'ulamak Islam moden' yang telah menerajui pembaharuan sosial pada era moden ini, telah menerima keputusan-keputusan sains moden. Beliau telah berkata:

"Bersabit dengan teks Al-Kitab (Bible), ia tidak mengalami apa-apa perubahan. Juga tiada sesiapa yang dapat mengemukakan sesuatu teks (alternatif) yang berbeza sebagai teks yang sahih".16

Bersyukurlah kepada Tuhan kerana kesaksian tokoh-tokoh yang jujur ini!

NOTA-NOTA

1. MUHAMMAD ATA UR-RAHIM, Jesus Prophet of Islam, Omar Brothers Publications, Singapore 1978, ms. 12, 15 and 40.

2. G. PARRINDER, Jesus in the Qur'an, Faber and Faber, London 1965, bab 15.

3. P. A. PALMIERI Die Polemik des Islams, German tr. Holzer, Salzburg 1902; E. FRITSCH, Islam und Christentum im Mittelalter, Müller & Seiffert, Breslau 1930; see also. H. HIRSCHFELD, `Muhammadan Criticism of the Bible'. Jewish Quarterly Review 13 (1901) 222-240.

4. F. M. PAREJA, Islamologia, Orbis Catholicus, Roma 1951, ms. 460-461.

5. I. DI MATTEO, `Il "takhrif" od alterazione della Bibbia secondo i musulmani', Bessarione 38 (1922) 64-111; 223-260; `Le preteze contradizzioni della S. Scrittura secondo Ibn-Hazm', Bessarione 39 (1923) 77-127, E. FRITSCH, op. cit., ms. 66.

6. IBN KHAZEM, Kitab al-fasl fi'l-milah wa'l ahwa'l nikhal, II,6; E. FRITSCH, op cit., ms.55.

7. IBN KHAZEM, ibid.; E. FRITSCH, op. cit, ms. 64.

8. Ringkasan drpd. AL-QARAFI; E. FRITSCH, op. cit., ms. 49.

9. Cerita2 yg.sama terdapat dalam versi Pasri Tustari: "Qisas al-anbija (Sejarah Nabi-nabi)" di dalam manuskrip bertarikh 1330 TM, dan drpd.Ghalal-addin Rumi: "Metnewi (Satu Cerita raja Yahudi dan wazirnya, 1273 TM)"; E. FRITSCH, op. cit., ms. 50-65.

10. Bagi penjelasan lebih mendalam mengenai 'text criticism' dan kesimpulan2nya, saya syorkan penulis2 F.G.KENYON:The Text of the Greek Bible, London 1937,1949;L.D.TWILLEY, The Origin and Transmission of the New Testament,Edinburgh 1957; V.TAYLOR, The Text of the New Testament, London and New York 1961; J.H.GREENLEE, An Introduction to New Testament Textual Criticism , Grand Rapids 1964; B.M.METZGER, The Text of the New Testament, Oxford 1968.

11. H. K. MOULTON, Pa pyrus, Parchment and Print; the story of how the New Testament text has reached us, London 1967, ms. 9-10, 70-71.

12. A.M. MOSLEY, Historical Reporting in the Ancient World, New Testament Studies 12 (1965) ms.10-26.

13. Teks Pengisytiharan Penutup bagi Seminar Tripoli, L'Osservatore Romano (English Edition), Feb. 26, 1976, ms. 6-7.

14. I. DI MATTEO, loc. cit (nota 5), AT-TABARI dan AL-GHAKHIZ menyatakan bahawa penterjemahannya mungkin kurang tepat, tetapi mereka tidak meragui kesahihan teks bahasa Yunani. Mengenai AL-GHAZZALI pula, lihat F. M. PAREJA, op. cit, ms. 463.

15. G. PARRINDER, Jesus in the Qur'an ('Isa di dalam Quran), Faber and Faber, London 1965; Terjemahan Belanda, Ten Have, Baarn 1978, ms. 124.

16. M. H. ANANIKIAN, `The Reforms and Religious Ideas of Sir Sayyid Ahmad Khan'. The Moslem World 14 (1934) ms. 61

Pls Stop This..


WHY?

LOVE YOUR ENEMY ( LEARN THE JESUS WAYS)

Text

Luke 6:27-36

[27] "But I tell you who hear me: Love your enemies, do good to those who hate you, [28] bless those who curse you, pray for those who mistreat you. [29] If someone strikes you on one cheek, turn to him the other also. If someone takes your cloak, do not stop him from taking your tunic. [30] Give to everyone who asks you, and if anyone takes what belongs to you, do not demand it back. [31] Do to others as you would have them do to you.

[32] "If you love those who love you, what credit is that to you? Even 'sinners' love those who love them. [33] And if you do good to those who are good to you, what credit is that to you? Even 'sinners' do that. [34] And if you lend to those from whom you expect repayment, what credit is that to you? Even 'sinners' lend to 'sinners,' expecting to be repaid in full. [35] But love your enemies, do good to them, and lend to them without expecting to get anything back. Then your reward will be great, and you will be sons of the Most High, because he is kind to the ungrateful and wicked. [36] Be merciful, just as your Father is merciful.


Exposition

If you are looking for a nice, comfortable religion that doesn't call for too many demands on your life, makes you feel better when you're down, and will reserve luxury suites for you in heaven when you die, then you probably shouldn't try to be one of Jesus' disciples. He is demanding. He has the crazy notion that his followers should serve others rather than themselves. He expects them to show integrity when no one is looking. And he expects them to love. Not just people who only occasionally have a bad day. But enemies. Jesus expects you to love your enemies. Don't follow him unless you're ready to experience some discomfort.

The Blessings and Woes at the beginning of the Sermon on the Plain are radical. The poor, not the rich, will be rewarded. Then Jesus says to be happy when you are persecuted. "Rejoice in that day and leap for joy, because great is your reward in heaven. For that is how their fathers treated the prophets." (6:23). Now he goes a step further. We are to love our persecutors.

Love Your Enemies (6:27-28)

The world says -- rightly -- "Love your friends. Be loyal to your friends. Look out for your friends." Why? Friends will look out for you. Loving your friends is just smart. This also goes to loving your wife or your husband. As the Apostle Paul observes, "Husbands ought to love their wives as their own bodies. He who loves his wife loves himself" (Ephesians 5:28). Loving your wife is a no-brainer unless you're self-destructive. Loving your friends and your spouse is just enlightened self-interest.

But it's altogether another thing to love an enemy, someone who has your disgrace or destruction as a goal. Notice as Jesus teaches his disciples in this passage he uses the familiar rhythm of Hebrew parallelism.

"Love your enemies,
Do good to them who hate you."

Jesus uses some heavy words to describe the Christian-haters:

  • Greek echthros means "the (personal) enemy"[1] from echtho, "to hate." Ethros means "hateful," and as a noun, "adversary, enemy, foe."
  • Greek miseo means "hate, persecute in hatred, detest, abhor."[2] These are people with an active desire for our hurt. Miseo is particularly used as "to persecute." There is a malicious attitude. These are people you can't turn your back on.
  • Greek kataraomai means "to curse." Curses are utterances that are designed to bring harm by supernatural operation.[3]
  • Greek epereazo means "threaten, mistreat, abuse."[4]

But Jesus says that we are not to just force a smile and mind our own business when we are hated and mistreated. We are to actively try to do good towards our attackers. Agapao is a rare word in Koiné Greek. It was developed almost exclusively in Christian literature to refer to the kind of love that doesn't serve itself, but extends itself for the sake of another. The other Greek words for love are eros, erotic love, philos, love for family, brotherly love, and stergos, natural affection. Agape love is really a different category of love that the world hadn't seen in action until Jesus came along and infected his followers with it.

Jesus uses four very strong action words in these verses:

  • Greek agapao -- love your enemies
  • Greek poimeo kalos -- do good to those who hate you.
  • Greek eulogoeo -- to speak well of
  • Greek proseuchomai -- to pray for, to intercede for.

None are in the passive voice. They don't just take care of themselves. They are active verbs describing deliberate action to do good to one's enemies.

Personal Enemies

Let's pause for a moment. Who are your enemies? I'm not asking who you hate? I'm asking who hates you, or despises you? Often they are the people close to us who have been hurt. A spouse or former spouse. A parent. A son or daughter. A co-worker at the job. An enemy of God who takes it out on you. Someone whose evil action you have exposed and is now out to get you. Who are your enemies?

Now what can you actively do to seek their good? That is the way Jesus is training his disciples to think.

How do I love my enemy? you ask with all seriousness. This isn't a matter of just thinking nice thoughts. We need Jesus to do a heart change within us, to put the kind of heart within us toward our enemies that was in God who sent Jesus to redeem and forgive a world full of despicable people. God-haters, vulgar, foul-mouthed, unfaithful to spouses, lying, cheating, stealing, selfish. The list goes on, and on describes us at our worst. Somehow God loves the people of Israel who thumb their noses at him again and again. He doesn't quit. They are unfaithful and are punished, but then God is at it again seeking to bless them. He doesn't give up. He has a heart of love toward the loveless. That is what we need to love our own enemies. We have plenty of strong examples from our God to follow.

So how do you do it? I don't think we wait for emotions of love. Rather we start with actions of love, and emotions may follow later. We start doing what Jesus taught right here:

  • Do good. When you find a way you can do something good for one of your worst enemies, do it. Not to shame him, but because you are trying to find it in your own evil heart to love him for Jesus' sake.
  • Bless. When you think of the person who is slandering you, and saying untrue and nasty things about you, find ways to work blessing into your thoughts. Speak a blessing out loud. When you are with friends, instead of complaining about your unjust treatment, go out of your way (actively) to speak well of your enemies. Why? To shame them? No -- though it will. But to find it in your own heart to love them.
  • Pray. Intercede. When you're praying, you probably pray for your family and your pastor, and your friends and family. Why don't you begin to pray and intercede for your enemies. Actively. Start to ask God to help them. Ask God to heal the hurts in their lives that are some of the motivators of their evil actions. Ask God to bless them and show mercy to them. Why? To shame them? No, in order to find it in your heart to love them.

And if you'll do good when you find opportunities, and bless when you think of them, and pray and intercede earnestly before the Lord, you'll find that God will begin to put love in your heart toward your enemies. Actual love. Sometimes loving emotions, too.

You see, Jesus is out to create an army of disciples that look at enemies as he and his Father look at them. As people to love and care for. People to provide rain for. People to die for. Jesus is out to change you and me. And obeying Jesus' commands in these verses, along with the working of the Holy Spirit in our hearts, will accomplish just that.

Learn Mercy from God's Example (6:35-36)

"But love your enemies, do good to them, and lend to them without expecting to get anything back. Then your reward will be great, and you will be sons of the Most High, because he is kind to the ungrateful and wicked. Be merciful, just as your Father is merciful" (6:35-36)

Jesus has digressed a bit and generalized his instructions about love to all mankind. But now he narrows the view again to enemies. Anyone can love friends -- and we must -- but the test of real love comes with loving enemies. And into that school Jesus thrusts his disciples. If they would follow him they must learn the Father's way, the way of long-suffering, the way of love, the way of mercy. Jesus gives three commands as the elements of this pass-fail exam:

  • Love your enemies
  • Do good to them
  • Lend to them without expecting to get anything back.

Prayer

Lord, the more I ponder these uncompromising words, the more I realize that I am in agape kindergarten. Please help me to take your words seriously and not discount them. Make your point deep in my heart. Teach me your mercy. In Jesus' name, I pray. Amen.


LOVE & REGARDS

Harryez

(This Article Is Open for all religions & it is Just for Reading n Knowledge purpose)


Expressing My Feelings ...


I Was StiLL in Shock and Still In Denial WheN i thiNk about The SituatiOn In MalaYsia RiGht Now.. I Just Can belieVe This Is HappenIng.. JusT To Think That MalaYsia Might not be a Safe Place Anymore its Scares Me..

Why Am i Saying This? Why I Sounded Like Im Scared..WelL in Fact i Do.. The Sensitive Issue Regarding The woRd 'ALLAH' That Refers to GOD in Malay is geTTing worse Every Minute..

Churches was Attacked, Bombed by We Don't know who every Single Day.. Come one Man!! that is A WORSHIPPING Place...Why ChurChes? Why are They Acting Foolishly?

i Am a Christian, So i Think it is Normal for Human Being like mw to Be Mad When Something like That Happens...But I felt Sorry For those people, I jUSt Pray For Them, LeT God Show Them the Way... Take The WorD if u want it So Much... But StoP Being Foolish...StoP the Arguing... StoP Hating US StoP Making Troubles....

THAT IS NOT MALAYSIAN...





SOme Of The Groups iN FACEBOOK that is protesting


* Imamat 19:18
Janganlah engkau menuntut balas, dan janganlah menaruh dendam terhadap orang-orang sebangsamu, melainkan kasihilah sesamamu manusia seperti dirimu sendiri; Akulah TUHAN.




PEACE NO WAR PEOPLE

REGARDS n LOVE
Harryez


TwiTTer?


BE MY FOLLOWER will ya???

Still Learning How to use this btw... ;-p